Assalamualaikum...ini adalah pengenalan kumpulan Syamsul Haq...
“ SYAMSUL HAQ ” yang bermaksud “ Mentari Kebenaran ” adalah nama baru bagi sebuah kumpulan selawat dari Kedah - berpusat di Sungai Petani yang secara rasminya ditubuhkan pada 7 Rejab 1424H bersamaan 4 September 2003M di atas titah restu Yang Mulia Dato Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (Khalifah Besar Maulana Syeikh Muhammad Nazim di Malaysia) yang di pimpin oleh saudara Amzari b. Halim. Ada pun perkataan "Al-Haqqani" iaitu dinasabkan kepada Mursyid besar Tariqat Naqshbandiah Al-‘Aliyyah iaitu Maulana Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani. Sebelum ini, Syamsul Haq di kenali dengan pelbagai panggilan dan nama seperti Maulid Kedah, Haqqani Hadrah dan Haqqani Maulid Ensemble. Sebelum Syamsul Haq ditubuhkan secara rasmi, kumpulan ini bergerak di bawah pimpinan Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Al-Naqshabandi, seorang guru tasawwuf di Utara Kedah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu tanggal 15 Rabiul Akhir 1423H bersamaan 26 Jun 2002. “Ya Allah.. cucurilah rahmat-Mu keatas rohnya”.
SYAMSUL HAQ menerima didikan awal daripada Allahyarham Sh. Abdul Rahman pada pertengahan tahun 1999 di Kg Teluk Jawa, Alor Setar, Kedah. Berbekalkan semangat dan suntikan rasa cinta dengan kalam selawat dan qasidah untuk Rasul Junjungan oleh guru Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani Al-Kubrisi Al-Naqshabandi, itulah yang telah diterapkan semula oleh beliau kepada kami agar bersama-sama karam di lautan kasih cinta yang abadi iaitu Allah dan Rasul-Nya.
MAULID AD-DIBAE’ adalah kitab yang menjadi keutamaan di dalam kumpulan ini dari hasil karangan Sheikh Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman Ad-Dibae’ yang masyahur dengan panggilan Imam Abu Muhammad Umar Ad-Dibae’ yang berasal dari Kota Zabid, Yaman Utara. Kitab ini telah diperkenalkan oleh Maulana Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani kepada setiap muridnya di seluruh dunia. Di antara kitab-kitab selawat lain yang menjadi rujukkan Syamsul Haq ialah Kitab Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa dari Indonesia, Kitab Kumpulan Qasidah Islamiyyah-Misbahul Munir dari Indonesia, Kitab Al-Mustofa Min Anasyidus Sofa- Abd Rahman Al-Halabi dari Syria, kitab Burdah karangan Imam Bushiri dan Kitab Jami’un Nafahat Al-Qudsiyyah- Sheikh Muhammad ‘Arobi Al-Kabbani dari Syria. Kumpulan ini telah mendapat didikan awal bermain gendang dari saudara Habib Ahmad Al-Atas dari Jarkata-Indonesia dan sebahagian irama di dalam Kitab Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan