Rabu, 21 Oktober 2015

SEJARAH DAN MAKLUMAT PONDOK PASIR TUMBOH


T





Team kembara yang menjejaki institusi pengajian pondok di Kelantan meneruskan perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Kami singgah di Pondok Pasir Tumboh, sebuah pondok pengajian yang ternama dan terunggul di Kelantan.
Nama sebenar pondok ini ialah al-Madrasah al-Diniah al-Bakriah sempena nama Abu Bakar, ayahanda kepada tiga orang tuan guru pondok yang mengasaskan Pondok Pasir Tumboh pada tahun 1954.
Mereka ialah Almarhum Tuan Guru Haji Mustafa Haji Abu Bakar (1923-1984) bersama adiknya Tuan Guru Haji Abdul Aziz Haji Abu Bakar (meninggal 1987). Mereka dibantu oleh ipar mereka, Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar, kebetulan mempunyai nama bapa yang sama (1923-sekarang).
Setelah kematian kedua-dua beradik itu, Pondok Pasir Tumboh ditadbir oleh Tuan Guru Haji Hashim hingga hari ini. Beliau masih sihat ketika kami mengunjungi beliau di rumahnya.
Kami sampai awal pagi di Pasir Tumboh yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Kota Bharu. Pertumbuhan pembangunan yang pesat mengingatkan penulis ketika berkunjung ke pondok ini beberapa tahun yang lalu untuk menghantar salah seorang anak bersama sepupunya belajar sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Ketika itu saya memikul tong gas dan memunggah segala jenis bekalan berupa bahan mentah dan makanan untuk si anak tinggal di pondok selama tiga bulan. Namun hari ini, berkat ketabahan si anak mengharungi pahit getir dan kesusahan belajar di pondok, dia telah pun menamatkan pengajian ilmu hadisnya dari salah sebuah universiti Islam di Jakarta.
Apa yang dapat kami perhatikan, tidak ada pemisah sempadan yang ketara antara kawasan Pondok Pasir Tumboh seluas 40 ekar ini dengan kampung sekitarnya. Tiada pagar atau tembok. Ini membuktikan betapa eratnya peranan penduduk setempat dalam menyokong pertumbuhan institusi pondok khususnya Pondok Pasir Tumbuh.
Bangunan dibina rapat-rapat secara tidak terancang untuk menampung penempatan rumah kediaman dan pondok. Tanah wakaf milik madrasah cuma seluas 3/4 ekar sahaja. Selebihnya ialah tanah milik persendirian. Walaupun semakin banyak bangunan baru dibina termasuk bangunan asrama empat tingkat, namun kawasan pondok kayu tradisional masih dikekalkan.
Kemudahan prasarana dibina rapat-rapat bertemu bumbung antara satu sama lain termasuk:
• Sebuah masjid empat tingkat.
• Enam buah madrasah.
• Sebuah dewan – Dewan Haji Abu Bakar.
• Pusat sumber – Maktabah Bakriah.
Pejabat pentadbiran dan pejabat lajnah.
– Bilik pameran (muzium mini).
– Bilik kegiatan Majlis Syura Pelajar.
– Kedai kitab, kedai runcit, kantin dan kedai makan.
– Bilik tetamu masjid dan Asrama Kuala Lumpur- Selangor.
– Kediaman guru dan tenaga pengajar.
– Pondok warga emas, keluarga serta pelajar lelaki dan perempuan.
– Tanah perkuburan.
Di sini berkampungnya sekitar 500 orang pelajar lelaki, 100 orang pelajar perempuan, 700 orang warga pondok dan penduduk kampung serta 35 orang tenaga pengajar. Pondok Pasir Tumboh ditadbir oleh sebuah jawatan kuasa Jemaah Penguasa dan Jemaah Tadbir yang terdiri daripada tujuh lajnah (jawatankuasa kecil).
Ada dua aliran sistem pengajian pondok di sini:
1. Aliran Nizami- untuk pelajar yang menduduki peperiksaan. Mereka ini diambil daripada kalangan
pelajar lepasan sekolah rendah yang berusia 13 tahun.
2. Aliran Umumi- untuk mustami’ iaitu pendengar yang tidak menduduki peperiksaan termasuk orang
dewasa bebas usia dan penduduk setempat.
Pengajian Umumi dijalankan di masjid menggunakan kitab kuning (lama), sama ada kitab jawi atau kitab Arab antaranya; Sahih al-Bukhari, Bidayah al-Hldayah, Matla1 dl-Badrin, al-Baijuri, al-Iqna’, Sirah al-Nabawiyyah, Riyad al-Salihin, Sir al-Salikin, Hidayah al-Sibyan, Pelita Penuntut dan Penawar Bagi Hati.
Bagi aliran Nizami, pelajar melalui dua peringkat metodologi pembelajaran:
1. Peringkat Teori
– Belajar (menadah) kitab daripada tuan guru.
– Menghafal kitab sendirian di pondok.
– Mengulang kaji pengajian dengan pelajar senior.
– Mempelajari sendiri kitab-kitab yang tidak diajar di dalam kelas.
Kemajuan pengajian terbahagi kepada empat tahap:
– Tahap 1: Mengenal al-Quran al-Karim.
– Tahap 2: Belajar kitab Jawi kecil dan asas bahasa Arab.
– Tahap 3: Belajar kitab Jawi besar dan kitab Arab kecil.
– Tahap 4: Menamatkan kitab kokurikulum.
Contohnya dalam pengajian subjek Fiqah, para pelajar akan didedahkan dengan kitab yang rendah
dahulu sebelum berpindah kepada kitab yang lebih besar.
2, Peringkat Amali
– Melaksanakan amalan seharian seperti solat, puasa, berzikir, membaca al-Quran, hafazan, majlis membaca Yasin, doa selamat, berzanji dan diba’i.
– Pelajar mengikut tuan guru mengajar di masjid, seminar, menghadiri majlis atau berinteraksi dengan penduduk kampung.
– Pelajar menjadi imam solat Tarawih atau memberi tazkirah.
Selain pengajian dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum juga sebenarnya banyak mendidik pelajar-pelajar menjadi warga masyarakat yang diharapkan akan menjadi pemimpin agama apabila berkecimpung dalam
gelanggang kehidupan setelah menamatkan pengajian.
Antara pengisian kokurikulum yang dijalankan di institusi pondok ialah:
– Latihan pidato/syarahan.
– Mengarang dan menyampaikan khutbah Jumaat.
– Bernasyid.
– Rehlah dan mukhayyam (perkhemahan).
– Seni mempertahankan diri.
– Seminar dan kursus.
– Lawatan belajar.
– Gotong-royong.
– Persatuan Palak (kajian astronomi dan bintang).
– Berceramah dalam musim tertentu seperti Maulid Nabi dan Maal Hijrah.
– Latihan berdikari.
Waktu Pembelajaran
Aura persekitaran pondok ialah aura ilmu dan pengajian. Di mana-mana sahaja kelihatan pelajar dan orang dewasa tanpa mengira usia sedang bermutala’ah (mengulang kaji) dan bermuzakarah. Kitab-kitab kuning yang telah lusuh sentiasa berada di tangan mereka. Pelajar yang mengikuti sistem sekolah dan pondok
serentak, mengikuti sesi pengajian pondok selepas selesai sesi pengajian di sekolah pada sebelah pagi.
Kehadiran kami di Pondok Pasir Tumboh memberi peluang untuk menyaksikan kegiatan seharian pelajar. Di dalam pondok yang berukuran seluas kira-kira 4×4 meter, tersusun banyak kitab-kitab pengajian mereka di atas rak buku yang terlekat di dinding. Mereka tidur di atas lantai dan bermutala’ah menggunakan meja rendah. Mereka memasak menggunakan dapur gas atau dapur minyak di dalam pondok masing-masing.
Di bahagian dapur umum asrama, kami melihat sebahagian pelajar yang bertugas mengikut giliran masing-masing sedang melapah daging lembu. Beberapa orang pelajar sedang memasak secara pukal di dalam kawah menggunakan kayu api.
Tempoh Pengajian
Di Projek Pasir Tumboh, saya diberi penerangan bahawa tempoh pengajian tidak terhad kepada tempoh tertentu. Sistem pembelajaran lebih menitikberatkan kemampuan seseorang pelajar menerima dan mempraktikkan setiap mata pelajaran dan semua bilangan kitab yang diamanahkan.
Pelajar yang cergas, bijak, bersungguh-sungguh dan benar-benar mampu akan menamatkan pengajian lebih awal. Mereka yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan tidak mampu menguasai sesuatu mata pelajaran atau kitab perlu mengulangi semua mata pelajaran tersebut sehinggalah mereka benar-benar mampu.
Apabila tamat pengajian, “graduan” pondok memang dikenali sebagai individu yang disegani dalam hal ehwal agama serta mampu menyumbang tenaga yang bermanfaat untuk mengendalikan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan di kampung-kampung terdekat, antaranya:
– Menjadi imam solat berjemaah dan solat Tarawih di masjid dan surau.
– Mengetuai majlis tahlil, bacaan doa selamat dan solat hajat.
– Mengurus jenazah dan mengimami solat jenazah.
– Menyembelih korban dan akikah.
– Mengetuai majlis berzanji, dibal, mengazankan bayi dan mencukur jambul.
– Memberi ceramah dalam pelbagai majlis menyam-but hari-hari kebesaran Islam.
– Menganjurkan atau menyertai majlis diskusi ilmu dengan ulama dari dalam dan luar negara.
Kelebihan Belajar di Pondok
Sejak dahulu, pendidikan di pondok dijadikan sebagai pendedahan awal sebagai batu loncatan (stepping stone} kepada pelajar untuk menguasai ilmu fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab. Apabila mereka telah menguasai ilmu-ilmu asas tersebut dengan baik, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara seperti di Mesir, Jordan, Madinah, Yaman, Sudan, India, Pakistan dan lain-lain.
Malah mahasiswa di universiti tempatan yang berkelulusan dari pengajian pondok didapati lebih berketerampilan dalam penguasaan bahasa Arab, ke-mampuan menguasai kitab tua dan pendedahan kepada kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan agama.
Pada peringkat pelaksanaan di kompleks pengajian pondok, didapati sistem dan persekitaran pondok mem-punyai beberapa kelebihan berbanding sistem pengajian terbuka di luar, dalam beberapa aspek, antaranya:
• Minda pelajar-pelajar terdidik dengan cara hidup dalam lingkungan masyarakat yang tidak banyak
terdedah dengan kemodenan, media massa, hiburan, pergaulan, fahaman materialistik (kebendaan),
kemaksiatan dan pengaruh budaya Barat.
• Persekitaran yang kondusif untuk beramal ibadah seperti solat sunat, membaca al-Quran, solat tahajud
dan puasa sunat.
• Masa yang lebih untuk wacana ilmu seperti mutala’ah, menuntut ilmu dan menghafal kerana tidak
perlu berjalan jauh.
• Kos pembelajaran dan kehidupan lebih murah kerana pelajar memasak sendiri dan tidak dikenakan
yuran belajar kerana guru-buru dibayar daripada hasil sumbangan orang ramai atau duit zakat.
• Sering dilawati dan bergaul dengan orang alim dan soleh dari seluruh dunia.
Penghalang daripada Belajar Pondok
Sistem pendidikan pondok sering dianaktirikan dan tidak dimasukkan dalam aliran perdana sistem pen-didikan kebangsaan di negara kita. Oleh sebab itu, pengajian pondok selalu dianggap sebagai pendidikan sampingan atau serpihan.
Penghalang lain termasuk:
– Sikap segelintir masyarakat yang menolak sistem pendidikan pondok.
– Masyarakat tidak terdedah kepada perspektif yang tepat tentang pengisian pendidikan pondok.
– Perasaan bimbang akan masa depan kerjaya oleh kaum keluarga dan sahabat handai.
– Godaan untuk mengejar ijazah, sijil dan kelulusan.
–  Pengaruh kawan-kawan.
– Terdapat segelintir masyarakat memberi label yang buruk dan negatif terhadap pelajar lulusan pondok dengan memberi gelaran lebai dan sebagainya
sumber: Majalah SOLUSI

Selasa, 20 Oktober 2015

SEJARAH AWAL PEMBANGUNAN PONDOK



Dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama’-ulama’ yang berwibawa.
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pendidikan Islam telah bermula pada akhir abad ke 18.+ Orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam ialah Tuan Shyeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar di istana-istana untuk anak-anak raja dan di surau-surau untuk orang ramai .+Murid-muridnya terdiri dari penduduk tempatan negeri Kelantan dan ada juga yang datang dari luar Kelantan bahkan dari luar Tanah Melayu seperti Thailand.
KEMUNCULAN SISTEM PONDOK DAN PERKEMBANGANNYA
Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi. + Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.
Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.+
Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua.+ Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.Pondok pada masa  itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan. Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.+
Hal ini tidak dapat disangkal, dalam konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama’ yang akan membimbing masyarakat.
Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibing di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Masyarakat Islam ketika itu lebih berminat kepada pengajian agama yang berbentuk pondok.
Antara pondok yang mendapat sambutan `dan mempunyai murid yang ramai selepas tahun 1930 ialah Pondok Terusan Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada tahun 1954, Pondok Bunut Payung, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan Pondok Kubang Bemban.
Walaupun pada tahun 1950 – 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok. Dengan ini dapatlah dirumuskan  bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit.
Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah  negara mencapai kemerdekaan. Terdapat juga pondok-pondok yang telah ditutup dan ada juga yang telah menukar sistem pengajiannya kepada sistem sekolah. Contohnya pada tahun 1958, Pondok Bunut Payung, Kota Bharu telah diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Haji Mohd Noor Kampung But menjadi Madrasah Saadah al-Qura pada tahun 1970.
Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah  diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar  di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok.
Penubuhan sekolah-sekolah Agama ini telah mendapat sokongan yang baik dari masyarakat. Ekoran daripada itu, pihak MAIK sentiasa mempertingkatkan usaha dalam bidamg pendidikan dan kemuncaknya telah tertubuhnya Yayasan Pngajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1 oktober 1965 M.+
Institusi ini telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini. Pada tahun 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan telah diserapkan ke dalam Universiti Malaya dan dikenali dengan Akademi Pengajian Islam.
Namun begitu, kemunculan sistem pendidikan moden pada hari ini, bukanlah bererti ia akan menggugat sistem pengajian pondok secara keseluruhannya. Apa yang jelas sistem pondok ini masih mendapat tempat  dalam masyarakat. Terdapat segelintir pendokongnya tetap mempertahankan sistem ini sama ada dengan mengekalkan pondok-pondok yang masih ada ataupun menubuhkan sistem pengajian ala pondok dengan menggabungkan dua sistem pendidikan, iaitu sistem persekolahan dan sistem pengajian pondok.
Di antara faktor kemerosotan sistem pengajian pondok ialah kerana perubahan politik negara ini, persaingan dengan sistem pendidikan moden, perubahan sosio-budaya masyarakat dan faktor dari dalam pondok itu sendiri, seperti tiada pengganti yang berwibawa selepas ketiadaan pengasasnya.
Walau bagaimanapun pusat pengajian pondok tetap utuh sebagai sebuah institusi pendidikan Islam sehingga sekarang. Kini terdapat beberapa buah pondok yang masih mampu mempertahankan identiti pengajian secara tradisional sehingga sekarang, antaranya seperti Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.
Perkembangan terakhir menunjukkan bahawa pusat pengajian pondok telah memasuki satu era ke arah kebangkitan semula untuk mengembalikan fungsinya sebagai sebauah institusi pendidikan yang berkesan. Atas inisiatif Tuan-Tuan Guru dan pofesional, pada tahun 1995 satu badan khas, iaitu Pusat Pembangunan Pondok Berhad  (PPPB) telah ditubuhkan di kelantan dengan tujuan untuk membantu membangunkan pondok-pondok yang bernaung dibawahnya dari sudut pentadbiran pondok, infrastruktur dan guru-guru.


SYAMSUL HAQQANI




Assalamualaikum...ini adalah pengenalan kumpulan Syamsul Haq...

“ SYAMSUL HAQ ” yang bermaksud “ Mentari Kebenaran ” adalah nama baru bagi sebuah kumpulan selawat dari Kedah - berpusat di Sungai Petani yang secara rasminya ditubuhkan pada 7 Rejab 1424H bersamaan 4 September 2003M di atas titah restu Yang Mulia Dato Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (Khalifah Besar Maulana Syeikh Muhammad Nazim di Malaysia) yang di pimpin oleh saudara Amzari b. Halim. Ada pun perkataan "Al-Haqqani" iaitu dinasabkan kepada Mursyid besar Tariqat Naqshbandiah Al-‘Aliyyah iaitu Maulana Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani. Sebelum ini, Syamsul Haq di kenali dengan pelbagai panggilan dan nama seperti Maulid Kedah, Haqqani Hadrah dan Haqqani Maulid Ensemble. Sebelum Syamsul Haq ditubuhkan secara rasmi, kumpulan ini bergerak di bawah pimpinan Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Al-Naqshabandi, seorang guru tasawwuf di Utara Kedah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu tanggal 15 Rabiul Akhir 1423H bersamaan 26 Jun 2002. “Ya Allah.. cucurilah rahmat-Mu keatas rohnya”.
 SYAMSUL HAQ menerima didikan awal daripada Allahyarham Sh. Abdul Rahman pada pertengahan tahun 1999 di Kg Teluk Jawa, Alor Setar, Kedah. Berbekalkan semangat dan suntikan rasa cinta dengan kalam selawat dan qasidah untuk Rasul Junjungan oleh guru Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani Al-Kubrisi Al-Naqshabandi, itulah yang telah diterapkan semula oleh beliau kepada kami agar bersama-sama karam di lautan kasih cinta yang abadi iaitu Allah dan Rasul-Nya.

MAULID AD-DIBAE’ adalah kitab yang menjadi keutamaan di dalam kumpulan ini dari hasil karangan Sheikh Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman Ad-Dibae’ yang masyahur dengan panggilan Imam Abu Muhammad Umar Ad-Dibae’ yang berasal dari Kota Zabid, Yaman Utara. Kitab ini telah diperkenalkan oleh Maulana Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani kepada setiap muridnya di seluruh dunia. Di antara kitab-kitab selawat lain yang menjadi rujukkan Syamsul Haq ialah Kitab Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa dari Indonesia, Kitab Kumpulan Qasidah Islamiyyah-Misbahul Munir dari Indonesia, Kitab Al-Mustofa Min Anasyidus Sofa- Abd Rahman Al-Halabi dari Syria, kitab Burdah karangan Imam Bushiri dan Kitab Jami’un Nafahat Al-Qudsiyyah- Sheikh Muhammad ‘Arobi Al-Kabbani dari Syria. Kumpulan ini telah mendapat didikan awal bermain gendang dari saudara Habib Ahmad Al-Atas dari Jarkata-Indonesia dan sebahagian irama di dalam Kitab  Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa.

Ahad, 27 September 2015

syamsul haqqani






QASIDAH SYAMSUL HAQQANI


nasehat SUNAN GIRI


MAAHAD IHYA AHMADI


HUWANNUR ,QASIDAH YANG AKAN BUAT HATI ANDA TERKENANGKAN HABIBANA MUNZIR BIN FUAD AL MUSAWA.

QASIDAH


WAHAI PARA PECINTA,

  ADAKAH ANTUM TAHU ? BAHAWASANYA PARA AHLUL BAIT DARI YAMAN YANG MENYEBARKAN DAKWAH MEREKA DI BUMI NUSANTARA INI.

  DAHULUNYA, ORANG ISLAM KETIKA ITU MENGHORMATI MEREKA.TETAPI,DI ZAMAN KINI MANUSIA MENCACI PARA AHLUL BAIT MENGGUNAKAN MEDIA SOCIAL  DITANGAN MEREKA.MANUSIA SEKARANG INI INGINKAN POPULARITI DENGAN MENCACI,MENFITNAH AHLUL BAIT RASULULLAH SALALLAHU ALAIHI WASSALAM.

    MAKA DENGAN ITU, HORMATILAH MEREKA  KERANA MEREKA ADALAH ORANG YANG MEMBAWA SINAR CAHAYA DAKWAH RASULULLAH HINGGA KE BUMI NUSANTARA INI.
ASSALAMUALAIKUM,

   WAHAI PARA PECINTA SANDAL RASULULLAH SAW,

         INI ADALAH SALAH SATU BLOG YANG MENYOKONG PARA AHLUL BAIT NABI SAW.

WASSALAM,